Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pembantu Rumah Lari, Sharifah Shahira Penat Layan Masalah Bibik,-“Dah Bagi Kebebasan Mula Buat Perangai!”

Sharifah Shahira

Sharifah Shahira yang kini bertugas di konti Suria FM meluahkan rasa kesal dan bingung memikirkan masalah pembantu rumah yang dipercayai melarikan diri pada hari Ahad lalu.

Sharifah Shahira yang lebih disapa sebagai Shiera menjelaskan bahawa bibiknya yang berasal dari Indonesia itu telah menghilangkan diri dan kini gagal dikesan semasa dia dan suaminya berada di Raub, Pahang.

Meskipun sudah bekerja selama empat tahun, perkara itu sangat mengecewakan Shiera kerana sepanjang bersama dia dan keluarga tidak pernah mempunyai apa-apa isu dengan pembantu rumahnya itu.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Advertisement

“Sebelum ini tak ada isu pun, kita izinkan saja kalau dia nak balik jumpa keluarga. Malah permit kerja dia pun baru sahaja diperbaharui sebab dia bersetuju nak sambung kontrak dengan kami lagi. Kalau awal-awal dia kata tak nak kerja kita tak paksa.”

Shiera dilihat telah berkongsi mengenai kehilangan pembantu rumah yang dikenali sebagai Seri itu menerusi akaun Instagramnnya, baru-baru ini.

Kakak kepada Sharifah Sakinah dalam pada itu turut memberitahu bahawa dia dan suami telah membuat laporan polis mengenai kes ini kerana bimbang jika berlaku sesuatu di kemudian hari.

Bibik Shiera

Memilih untuk tidak mematikan permit kerja bibiknya itu kerana merasa belas kasihan dan tidak mahu Seri dimasukkan ke penjara jika ditangkap, Shiera menganggap kebebasan yang telah diberikan selama ini telah pun disalah guna.

“Kita ni tak sampai hati nak seksa pekerja..kita orang Melayu hati lembut, gaji pun tak pernah bayar lambat, pasport pun dia boleh pegang! Tapi hujung-hujung isu maid ini tak pernah selesai, tak terkira dah berapa ramai yang lari!” – Sharifah Shahira

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top