Pelakon Betty Rahmad yang juga adik kepada Erma Fatima semalam telah meluahkan rasa kecewa apabila menyedari pembantu rumahnya telah lari dari rumah setelah bangun tidur keesokan harinya.
Dia yang memuat naik luahan rasa kesal menerusi Instagramnnya itu turut memuat naik dua keping foto memaparkan dia bersama anaknya, Ardy Wira yang merenung nasib kehilangan pembantu rumah yang dikenali sebagai Anim.
“Sedihnya bangun tidur harini our helper dah takda. Sedih, dissapointed. Tak sangka.”
Betty turut menceritakan sebab mengapa pembantu rumahnya itu melarikan diri kerana dia tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman. Namun, Betty tampil memberikan sebab kenapa dia melarang Anim untuk pulang kerana wabak pandemik COVID-19 yang masih belum reda.
Malah, dia turut menawarkan kepada wanita tersebut supaya pulang dengan menaiki pesawat pada Januari tahun hadapan dan bukannya dengan menaiki bot haram kerana risaukan keselamatannya.
Dalam pada itu, Betty sempat mengucapkan terima kasih kepada pembantu tersebut di atas pertolongannya selama ini dan berharap wanita itu bahagia dengan keputusan yang diambil secara melulu itu.
Meninjau ruangan komen, Betty telah menerima banyak sokongan moral dan kata-kata semangat daripada pengikut Instagramnnya serta rakan-rakan artis yang prihatin atas nasibnya itu.

Siti
October 13, 2020 at 9:51 am
Apa yang nak disedihkannya? Ramai mak mak kat luar sana yg tak ada pembantu untuk buat kerja rumah pun? Hahah
someonesomewhere
October 13, 2020 at 11:06 am
Selalunya nak ada maid ni banyak modal kena keluar nak bawak dia legally kerja dengan kita. So sedih sebab rugi la kot invest keluar duit banyak nak bawak dia masuk, alih2 dia lari.
Anonymous
October 12, 2020 at 9:50 am
Nasib baik tak bawa larikan anaka tu sekali…naya aje..