Pembantu Rumah Lari Balik Kampung Naik Kapal Haram, Betty Rahmad Luah Rasa Kecewa Di Instagram

Hiburan

Pembantu Rumah Lari Balik Kampung Naik Kapal Haram, Betty Rahmad Luah Rasa Kecewa Di Instagram

Pelakon Betty Rahmad yang juga adik kepada Erma Fatima semalam telah meluahkan rasa kecewa apabila menyedari pembantu rumahnya telah lari dari rumah setelah bangun tidur keesokan harinya.

Dia yang memuat naik luahan rasa kesal menerusi Instagramnnya itu turut memuat naik dua keping foto memaparkan dia bersama anaknya, Ardy Wira yang merenung nasib kehilangan pembantu rumah yang dikenali sebagai Anim.

Advertisement
View this post on Instagram

Officially Maidless Sedihnya bangun tidur harini our helper dah takde. Sedih, dissapointed. Tak sangka. The reason why she left because dia nak balik kampung this month and we all tak bagi. Bukan sengaja tak bagi, with this covid yang tengah teruk sekarang macammana lah nak balik & masuk sini balik. Dan dia nak ikut “jalan belakang” naik kapal haram. Lagilah me and husband tak agree. Permit pun baru renew. Kita mintak dia balik January depan bila covid semua ni dah reda so balik dengan selamat naik flight & datang pun naik flight. Bukan secara haram. Takpelah, pasti ada sesuatu Allah nak tunjuk & ganti untuk kami. Anim, saya tau kamu akan baca ni, terima kasih atas segala pertolongan selama ini dan tinggalkan kami dengan cara ini. Semoga kamu bahagia dengan keputusan kamu ?

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on

“Sedihnya bangun tidur harini our helper dah takda. Sedih, dissapointed. Tak sangka.”

Betty turut menceritakan sebab mengapa pembantu rumahnya itu melarikan diri kerana dia tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman. Namun, Betty tampil memberikan sebab kenapa dia melarang Anim untuk pulang kerana wabak pandemik COVID-19 yang masih belum reda.

Malah, dia turut menawarkan kepada wanita tersebut supaya pulang dengan menaiki pesawat pada Januari tahun hadapan dan bukannya dengan menaiki bot haram kerana risaukan keselamatannya.

View this post on Instagram

Gooooodnight world! ?

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on

View this post on Instagram

Happy Sunday my dear followers. Any suggestions mana best nak bawak anak jalan-jalan? Cuba share dalam comment! ?

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on

Dalam pada itu, Betty sempat mengucapkan terima kasih kepada pembantu tersebut di atas pertolongannya selama ini dan berharap wanita itu bahagia dengan keputusan yang diambil secara melulu itu.

Meninjau ruangan komen, Betty telah menerima banyak sokongan moral dan kata-kata semangat daripada pengikut Instagramnnya serta rakan-rakan artis yang prihatin atas nasibnya itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...