Pembantu Rumah ‘Kantoi’ Buat ‘Live’ Maki Dan Hina Majikan Undang Perhatian Netizen – “Dia Bod*h Dan Bab*kan Isteri Aku”

Viral

Pembantu Rumah ‘Kantoi’ Buat ‘Live’ Maki Dan Hina Majikan Undang Perhatian Netizen – “Dia Bod*h Dan Bab*kan Isteri Aku”

Seorang majikan meluahkan rasa berang selepas pembantu rumah yang dipercayai warga asing didakwa menghina dirinya dan isteri menerusi siaran langsung di media sosial ketika waktu bekerja, semalam.

Perkara itu didedahkan menerusi satu hantaran oleh pengguna Threads @Syfq_hr, selepas isterinya mengambil keputusan untuk memberhentikan pembantu rumah berkenaan walaupun telah memberikan layanan yang baik termasuk gaji bulanan sebanyak RM2,000.

Advertisement

amah kutuk

“Hari ini juga isteri aku berhentikan dia (pembantu rumah). Sebab apa? Buat siaran langsung, burukkan isteri pada penonton dan rakan-rakan dia.”

“Buat siaran langsung pula waktu bekerja. Bukan pertama kali buat siaran langsung pada waktu bekerja. Sudah banyak kali, tapi isteri saya masih sabar dengan kerenah dia,” katanya.

Difahamkan, pembantu rumah tersebut turut menghina isteri majikannya dengan kata-kata kesat selain mendakwa majikannya seorang yang bersifat cemburu.

Perkongsian itu pantas mencetuskan pelbagai reaksi warganet, dengan rata-rata menyokong tindakan majikan yang memberhentikan pembantu rumah berkenaan kerana disifatkan tidak menghormati majikan serta melanggar etika kerja.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah:

“Nampak tak hormat. Majikan bercakap dia main telefon. Ini umpama tikus ‘jatuh ke beras’. Hati hitam, tiada syukur,” komen @Mas_hm60.

“Pembantu rumah ini mungkin cemburu dengan kehidupan isteri. Dia bandingkan kehidupan dia sampai benci diri sendiri, tapi salahkan isteri awak,” komen @_Afizah_amir.

Isu berkenaan sekali lagi mencetuskan perbincangan mengenai etika penggunaan media sosial ketika bekerja serta batas profesional antara majikan dan pekerja, khususnya dalam konteks pekerjaan di dalam rumah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-06 09:53:08

"Menu Nasi Goreng, Nugget, Fries Untuk Yeye, DJ Pulak YouTube Premium" - Lagi Pendedahan 'Malam Mess', Makin Ramai Tampil Buat Pengakuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...