Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pembantu Rumah Berangkat Pulang Ke Filipina, Tangisan Hanis Zalikha Undang Rasa Sebak Netizen

Memang tidak dapat dinafikan bahawa keluarga pasangan selebriti terkenal, Hairul Azreen dan isterinya Hanis Zalikha sering mencuri tumpuan netizen dengan telatah kedua-dua cahaya mata mereka.

Hanis zalikha menangis maid pulang ke filipina

Advertisement

Hanis yang sebelum ini kerap berkongsi aktiviti harian keluarganya di media sosial sehingga kini tidak lekang dibanjiri komen-komen positif daripada pengikutnya.

Bahkan, selepas kehadiran sepasang Yusuf Iskandar dan juga Alisa Aisyah yang penuh aksi dan kerap menghiburkan warganet itu pasti menambat hati dan perasaan peminatnya.

Hanis zalikha menangis maid pulang ke filipina

Bagaimanapun, Hairul menerusi sebuah posting di laman Instagramnya tampil memuat naik sepotong video menyaksikan momen sedih di mana pembantu rumahnya yang sudah berkhidmat dengan mereka khabarnya akan berangkat pulang ke Filipina.

Paparan video tersebut jelas menyaksikan Hanis dan anak-anaknya berpelukan dan menangis kerana amat berat untuk mereka mengucapkan selamat tinggal buat pembantu yang dikenali sebagai Melany itu.

Advertisement

Selain tangisan yang ditonjolkan Hanis kepada Melany, ucapan ringkas “terima kasih” Yusuf yang begitu sopan kepada Melany juga mengundang rasa sebak netizen.

Dapat digambarkan betapa sayangnya keluarga ini kepada pembantu mereka yang banyak berjasa dalam mengurus serta menjaga anak-anaknya di rumah.

Hanis zalikha menangis maid pulang ke filipinaHanis zalikha menangis maid pulang ke filipinaHanis zalikha menangis maid pulang ke filipinaHanis zalikha menangis maid pulang ke filipina

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mereka seakan tampil menzahirkan rasa sedih melihat momen perpisahan itu. Malah, ramai juga yang memuji sikap Hanis kerana sentiasa menyanyangi dan menjaga kebajikan pembantunya dengan baik dan penuh rasa hormat.

Sumber: IGTV Hairul Azreen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. void

    December 4, 2020 at 5:18 pm

    sembang layan anak dengan lembut konon.rupanya ada bibik.hidup nk menipu je hanis ea?sian..skejap je kantoi. jd la smpah masyarakat

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama