Melalui Twitter, seorang wartawan telah menegur sikap pembantu peribadi Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq, kerana disifatkan bersikap ‘kurang bahasa’ dengan Pegawai Istiadat dan Protokol, Jabatan Perdana Menteri. Seorang pengguna Twitter bernama @dyzull menulis:
Bukan main kerek tengok Tweet PA Syed Saddiq ni. Ni lah jadi apabila budak latihan amali perempuan umur 21 tahun kau jadikan pembantu peribadi. Universiti pun tak habis lagi nak sekolahkan orang! Kan dah kena tegur dengan wartawan senior popular @opiesofea ?
Sebenarnya kesian dekat orang yang susah payah nak dapat kerja kerajaan. Yang hantar permohonan tak dapat-dapat, yang dapat temu duga tak berjaya, yang dapat jadi pegawai tadbir diplomatik kena jalani latihan gila-gila.. tiba-tiba dia ni senang-senang saja serap jadi pembantu peribadi Menteri? Atas kapasiti apa ini? Sebab dia yang mula-mula percayakan Saddiq dulu?
Seseorang yang menjadi pembantu peribadi atau pegawai khas seorang menteri sebenarnya membawa ‘muka’ menteri. Sekiranya berlaku kesalahan, yang bakal terpalit sama ialah imej menteri yang anda wakili.
Justeru, seseorang yang membawa peranan sebesar itu perlu dipilih dari kalangan yang layak, sekurang-kurangnya telah menghabiskan pengajian jika tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pentadbiran atau pengurusan. – amazingnara.com
Sumber: @dyzull