January 30th, 2019

Baru-baru ini viral kejadian tampar-menampar antara pembantu peribadi Nur Sajat iaitu Sheryna Mazlan dengan seorang jurujual.

Tampil menjelaskan perkara sebenar, Sajat berkata pergaduhan itu bermula dengan komen di Facebook dimana jurujual berkenaan telah mengutuk mereka.

Benda ini berlaku kerana perbalahan di Facebook milik Sheryna. Jadi si jurujual itu mengata saya dan Sheryna bertanya ada apa-apa masalah ke, lalu dia membalas komen dekat Sheryna anjing, mestilah dia marah.  Itulah yang saya tahu, tak sangka pula sampai bergaduh.

Saya tak kenal pun dia siapa dan saya pun tak tahu apa yang dia sakit hati kat saya sampai hari-hari kutuk saya. Itulah rakan kongsi saya marah sangat cara dia membalas komen dekat Facebook. Jurujual tu kata kalau tak puas hati meh jumpa dia dekat KLCC.

Tambah Sajat, jurujual itu tidak mempunyai adab dan bahasa yang baik termasuklah memanggil pembantu peribadinya anjing. Apa yang berlaku adalah ibarat bertemu buku dengan ruas.

Sumber Berita : mStar Online


105 responses to “Pembantu Peribadi Pukul Jurujual Sebab Dia Menghina Kami – Sajat”

  1. Kinokuyania says:

    Yg bagi penampar dulu adalah geng muhamad sajad. Lepas tu baru kena tumbuk balik. Lepas tu yang dengar awwww je..haha

Loading...