Pembantu Operasi JPS Pahang Disyaki Lakukan Tuntutan Palsu Berjumlah RM3,920

Trending

Pembantu Operasi JPS Pahang Disyaki Lakukan Tuntutan Palsu Berjumlah RM3,920

Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, semalam bagi siasatan berhubung kes tuntutan palsu berjumlah RM3,920.

Suspek yang berusia 31 tahun itu disyaki memalsukan tuntutan berkenaan kerja pemasangan komponen alternator pada Pam Air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuantan.

Advertisement

Bagaimanapun, SPRM Pahang dalam satu kenyataannya memaklumkan setiap tuntutan dilakukan namun belum dibekalkan pada tarikh yang telah dituntut.

Hasil siasatan yang dijalankan oleh SPRM Pahang, tertuduh yang bekerja sebagai Pembantu Operasi, Bahagian Mekanikal dan Elektrikal, JPS Pahang berjaya ditahan semalam.

SPRM Pahang juga memaklumkan, syarikat pembekalan tersebut merupakan milik abangnya dan suspek dijangka akan dituduh dalam masa yang terdekat.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin @Hamim turut mengesahkan penahanan penjawat awam berkenaan.

Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 ASPRM 2009.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...