Pembaca Teruja Utusan Malaysia Dan Kosmo Kembali Dijual Di Pasaran Hari Ini

Trending

Pembaca Teruja Utusan Malaysia Dan Kosmo Kembali Dijual Di Pasaran Hari Ini

Pada Oktober tahun lalu, kira-kira 862 kakitangan Utusan kehilangan pekerjaan mereka kerana krisis kewangan yang dihadapi syarikat itu. Bulan lalu, desas desus kedua-dua akhbar itu akan kembali beroperasi timbul melalui notis pada kedua-dua laman web tersebut.

Menurut kedua-dua laman web tersebut, terdapat grafik animasi menyebut, “Nantikan Julai ini. Dibawakan oleh Media Mulia Sdn Bhd.” Nampaknya, berita itu ternyata benar apabila hari ini para pembaca sudah boleh mendapatkan kedua-dua surat khabar ini di pasaran.

Advertisement

“Selamat kembali Utusan Malaysia dan Kosmo.”

Khabar gembira ini turut disambut baik oleh netizen yang juga teruja dengan kembalinya Utusan Malaysia di pasaran. Memandangkan akhbar ini adalah akhbar paling lama yang bertapak di negara ini dan kekal ikonik untuk rakyat Malaysia.

Sebelum ini Utusan Malaysia dilaporkan mengalami masalah aliran tunai yang lemah, hutang yang meningkat dan jualan yang merudum menyebabkan lembaga pengarah membuat keputusan untuk menghentikan operasi.

Difahamkan, ibu pejabat Utusan yang baharu akan berpusat di pejabat utama NSTP di Jalan Riong di Bangsar, Kuala Lumpur. Turut dimaklumkan bahawa syarikat tersebut telah mendapatkan kira-kira 170 staf baharu termasuk wartawan, jurugambar, pereka grafik, pereka kreatif dan juga pegawai pemasaran.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...