Pemanduan Lancar & Kawalan Lebih Baik, Ini Pengalaman Kami Uji Pandu Kereta Elektrik BYD ATTO 3!

Branded

Pemanduan Lancar & Kawalan Lebih Baik, Ini Pengalaman Kami Uji Pandu Kereta Elektrik BYD ATTO 3!

Kecanggihan teknologi menjadikan dunia tanpa sempadan. Kalau dulu, mungkin tidak logik kalau orang kata kereta boleh bergerak tanpa petrol, sekarang segalanya tidak mustahil.

Dengan kereta elektrik, pengalaman pemanduan bukan sahaja lebih baik, tapi paling penting, kenderaan ini lebih mesra alam. Baru-baru ini kami diberi peluang menguji pandu BYD ATTO 3 untuk pertama kali!

Rekaan dalaman stylish dan moden

byd atto seat

Didatangkan dengan rekaan segar bersama pilihan warna versatile biru gelap, kelabu dan perincian warna merah. Kemasan hardware seakan aluminium membuatkan dalaman nampak moden.

Pilihan warna ini membuatkan dalaman BYD ATTO 3 nampak berbeza berbanding warna biasa dan selamat seperti hitam.

byd atto infotainment

Paling favourite kami tentunya skrin paparan infotainment 12.8 inci boleh ditukar posisi sama ada secara mod potret atau pun landscape mengikut keselesaan pemandu. Senang je, cuma tekan satu butang, boleh pusing.

byd atto rear air con vent

Tidak dilupakan rekaan penyaman udara dan panel pintu dengan dwi-tona dengan rekaan inspirasi musik menjadikan ruang kelihatan lebih luas dan menarik.

Lebih jarak dengan sekali cas

byd atto malaysia exterior

BYD ATTO 3 ini dikuasakan oleh motor elektrik 204 PS/310 Nm yang memacu roda hadapan, membolehkan masa 0-100 km/j dalam jangka masa 7.3 saat.

Ramai yang gusar dan risau, bila kereta elektrik, macam mana nak cas? Sejauh mana boleh pergi?

Jangan risau, BYD ATTO 3 ini boleh dipandu sehingga 480km dengan sekali cas. Pada kadar pengecasan 80 kW, pengecasan 0 hingga 80% boleh dicapai dalam masa 45 minit sahaja.

Tidak perlu risau soal keselamatan kerana baterinya dicipta dengan teknologi BYD Blade yang bukan sahaja lebih kecil, malah lebih ringan dan selamat berbanding bateri litium iron-phosphate konvensional.

Sesuai untuk warga kota

Untuk korang yang tinggal dan bekerja di bandar, kereta elektrik ini adalah pilihan tepat. Nak balik kampung hujung minggu? Atau staycation di pinggir kota? Tak ada masalah, cuma perlu cas sekali je.

Begitu juga untuk penduduk di kawasan bandar yang memerlukan kenderaan harian, kereta elektrik adalah alternatif lebih mesra alam.

Penggunaan kereta elektrik bermakna dapat menyumbang kepada pengurangan pembakaran bahan api yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar.

Pecutan dan pemanduan lebih lancar

byd atto dashboard

Untuk kami yang baru pertama kali memandu kereta elektrik ini, pemanduannya tidak banyak berbeza berbanding kenderaan biasa, namun ada beberapa perbezaan pada pandangan kami.

Bagi mereka yang memandu di dalam bandar, kereta elektrik adalah lebih baik kerana pecutan dapat dicapai lebih lancar.

Enjin BYD ATTO 3 ini juga mampu mencapai torque maksimum pada 0rpms bagi menjadikan pemanduan dan memotong lebih cekap.

Memandu kereta elektrik seperti BYD ATTO 3 ini juga bermakna dapat memandu dengan lebih baik dan terkawal tanpa perlu memikirkan perihal menukar gear pada masa tertentu.

But yang luas

byd atto rear boot space

Kereta nampak kecil je, but luas ke? Barang dah la banyak ni? Jangan risau guys. BYD ATTO 3 didatangkan dengan but yang berkeluasan 1,340 liter apabila tempat duduk belakang diturunkan pada kadar 60/40.

Harga dan varian

BYD ATTO 3 dijual dalam 2 varian iaitu:

Standard Range – RM149,800

Extended Range – RM167,800

EKSKLUSIF- BYD ATTO 3 Anniversary Limited Edition!

byd atto

Istimewa sempena ulang tahun pertama model kereta ini di Malaysia, korang boleh jadi diantara yang bertuah memiliki BYD ATTO 3 Anniversary Limited Edition yang eksklusif.

Ia menampilkan kit badan kereta yang ditempah khas dan hanya ada 500 UNIT di Malaysia! (Tersedia untuk varian Extended BYD ATTO 3 sahaja). Tertakluk pada terma dan syarat.

Ciri Utama BYD ATTO 3 Anniversary Limited Edition

-Skema warna Boulder Grey dan Ski White yang unik

-Bumper lip hadapan, spoiler hadapan dan panel bampar

-Penutup cermin sisi, spoiler belakang dan rear diffuser

-Panel tingkap yang dinyahkrom, panel sisi dan panel tiang C

Amacam, teracun tak dengan spesifikasi dan kelebihan BYD ATTO 3 ni?

Terokai BYD ATTO 3 Anniversary Limited Edition dan nikmati tawaran eksklusif dengan mengunjungi bilik pameran BYD berdekatan atau buat pertanyaan secara dalam talian dengan KLIK DI SINI.

Maklumat lanjut, review dan info mengenai BYD ATTO 3, korang boleh layari website, Facebook dan Instagram BYD Cars Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...