Melalui laporan Buletin TV3, sebuah kereta yang dipandu oleh lelaki warga Bangladesh telah hilang kawalan dan terbabas, lalu merempuh sebuah kereta serta seorang pejalan kaki.
Rempuh kereta & pejalan kaki
Difahamkan, kemudiannya kereta itu terjatuh ke bawah jambatan dan tersangkut di celah konkrit saluran paip besi.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 11.45 pagi di Jalan Ipoh menghala ke Bulatan Kepong.
Kereta yang dipandu oleh lelaki warga Bangladesh itu dikatakan hilang kawalan lalu melanggar kereta yang dipandu oleh wanita Vietnam serta meluru kearah seorang pejalan kaki hingga mangsa terpelanting ke bawah jambatan.
Mangsa pejalan kaki masih belum dijumpai, hanya temui cebisan kaki
Pihak polis hanya memaklumkan menjumpai cebisan kaki pejalan kaki itu di tempat kejadian.
Info terkini, mayat mangsa pejalan kaki tersebut sudah pun ditemui.