Pemandu Uber Ditumpang Hantu Dari Perkuburan? Ikuti Kisahnya

Trending

Pemandu Uber Ditumpang Hantu Dari Perkuburan? Ikuti Kisahnya

Seorang pemandu Uber baru-baru ini berkongsi kisah seramnya mengambil penumpang di perkuburan cina di Mount Erskine di Pulau Pinang. Waktu itu hampir tengah malam sewaktu dia hampir sampai ke poin mengambil penumpang, lapor China Press.

UberAN

Advertisement

Mengikut arah seperti yang ditunjukkan aplikasi telefonnya, pemandu itu tiba di luar sebuah tanah perkuburan cina yang luas. Dia memeriksa aplikasi dan mengesahkan ketibaannya.


Screengrab: Pejalanan Uber tersebut

Apabila saya memandu mengikut peta untuk tiba di lokasi mengambil penumpang, saya dapati saya berada dekat dengan tanah perkuburan cina.

Dia kemudiannya menunggu penumpangnya untuk tiba dalam gelap, memikirkan yang penumpang itu mungkin ada di situ untuk melawat kubur.

Tiada siapa yang datang, tetapi dia dapat rasakan ada ‘seseorang’ dalam keretanya.

Selepas lebih kurang lima minit, ada bau harum dalam kereta saya. Disebabkan saya dah memang ada di situ, saya ingin dapatkan tambang. Jadi saya tekan ‘Start Trip’ (mulakan perjalanan) pada aplikasi dan teruskan memandu.

Apa yang pelik, ada poin ‘penurunan penumpang’ dinyatakan pada aplikasinya. Jaraknya ialah 100 meter dari tempat poin ‘pengambilan penumpang’.

Poin pengambilan penumpang: sebuah tanah perkuburan cina

Merasa seram dengan kejadian itu, pemandu itu pergi ke sebuah tandas di stesen petrol untuk membasuh mukanya.

Saya syak sesuatu dari perkuburan telah mengekori saya. Saya tak nak buang masa rasa takut, jadi saya beritahu ‘dia’yang saya perlu pulang ke rumah. ‘Awak’perlu keluar, dan jangan ikut saya balik’.

Lima minit kemudian, bau harum menghilang dalam kegelapan malam, lapor akhbar tersebut.

Ada Netizen yang bergurau hantu moden kini menggunakan teknologi tinggi dengan menggunakan aplikasi menumpang kereta.

Screengrab: Pejalanan Uber tersebut

Ada yang merasa tidak percaya dengan cerita itu, tetapi mereka yang percaya dengan kewujudan ‘dimensi lain’ menyatakan yang pemandu itu telah terserempak hantu.-amazingnara.com

Sumber: The Sun Daily

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...