Akibat rempuhan di lorong tol, seorang pemandu lori treler maut di Plaza Tol Ayer Hitam menghala Bandar Saujana Putra dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.45 pagi itu, mangsa, seorang lelaki India berusia 55 tahun dan beralamat di Taman Tasik Sungai Chua, Bukit Angkat, Kajang meninggal dunia di tempat kejadian.
Sampai di lokasi, kenderaan terbabit dikatakan hilang kawalan dan melanggar tol di lorong RFID iaitu lorong keenam dari kiri di tol tersebut.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian”
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang memandu lori jenis Hino itu dalam perjalanan dari arah Kajang menghala ke Port Klang.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.