Pemandu Tidak Bertanggungjawab Langgar Kereta Dan Tinggalkan Nota Guna Pen Marker Di Atas Kereta

Trending

Pemandu Tidak Bertanggungjawab Langgar Kereta Dan Tinggalkan Nota Guna Pen Marker Di Atas Kereta

Kebiasaannya apabila berlakunya sesuatu pelanggaran atau kemalangan, individu yang terbabit akan berbincang bagi mendapat jalan penyelesaian. Jika kerosakan yang dialami agak teruk, kos pembayaran atau tuntutan insurans akan diuruskan oleh individu yang melanggar.

Tetapi bagaimana pula jika seseorang itu melanggar kereta yang sedang berada di tempat parkir. Sudah semestinya pemandu kereta tersebut tidak berada di tempat kejadian. Rasionalnya seseorang itu akan meninggalkan nota kecil yang tertulis permohonan maaf atau nombor telefon untuk tuntutan dan sebagainya.

Advertisement

Ada juga segelintir pemandu yang tidak bertanggungjawab dengan tidak meninggalkan apa-apa nota kerana takut perlu mengeluarkan kos baik pulih yang banyak. Namun ada yang bersikap diluar jangakaan dengan cuba membuat ‘jenaka’ setelah melanggar kenderaan seseorang.

Conteng kereta dengan pen marker

tulisan

Seperti yang dikongsikan di halaman Facebook All Singaporean Stuff, seorang pemandu telah melanggar kereta secara tidak sengaja semasa mengundurkan kenderaannya dan memutuskan untuk meninggalkan mesej yang ditulis dengan pen marker di atas badan kereta.

Pemilik kereta tersebut sangat kecewa dengan tindakan individu yang telah melanggar keretanya. Sudahlah kereta dilanggar sehingga menyebabkan kerosakan, ditambah pula kesan pen marker di atas badan kereta. Sesiapa pun pasti akan berasa geram seperti telah dipermainkan.

tulisan

Di atas kereta tersebut jelas tertulis ‘Sorry, I bang your car when reversing’ dengan tulisan yang agak besar menggunakan pen marker. Mungkin pelaku beranggapan, meminta maaf setelah membuat kesalahan sedikit sebanyak mengurangkan perasaan marah pemilik kereta tersebut.

Perkara ini hanyalah diibaratkan menambah minyak ke atas api yang sedang menyala.

Bukan itu sahaja, individu tersebut turut melukis anak panah dan menunjukkan bahagian yang mengalami kerosakan.

Entah dari mana individu ini mempelajari permohonan maaf seperti itu. Semoga pemilik kereta ini menemui pelaku yang tidak bertanggungjawab tersebut untuk menuntut bayaran ganti rugi. Selain itu, pelaku tersebut perlu menjelaskan mengapa melakukan perkara sedemikian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...