Pemandu Terkejut Dan Terus Balik Ke Rumah Lepas Langgar Penunggang Motosikal

Trending

Pemandu Terkejut Dan Terus Balik Ke Rumah Lepas Langgar Penunggang Motosikal

Seorang pemandu kereta berusia 33 tahun yang melanggar seorang penunggang motosikal di lampu isyarat berhampiran Selayang telah tampil ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk membantu siasatan berhubung kejadian.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pemandu kereta berkenaan tampil ke balai polis pada 5 petang semalam.

Advertisement

“Menerusi rakaman percakapan, lelaki berkenaan mengaku yang dia tidak perasan bahawa lampu isyarat di lokasi berkenaan masih merah” 

“Apabila berlaku kemalangan, pemandu tersebut terkejut dan berasa takut lalu terus balik ke rumah” 

Tambahnya, ujian saringan air kencing ke atas pemandu berkenaan telah dijalankana dan ianya negatif.

Sehubungan itu, polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Dimaklumkan sesiapa yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan dan penunggang motosikal diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Zharif Zakaria di talian 013-2969222 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung dengan satu video yang memaparkan sebuah kereta jenis Honda City melanggar seorang penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...