Pemandu Teksi Buat Mogok di Jalan Bukit Bintang, Bantah Uber Dan Grab Car

Trending

Pemandu Teksi Buat Mogok di Jalan Bukit Bintang, Bantah Uber Dan Grab Car

CesRuoaWsAEr50L

Sekumpulan pemandu teksi hari ini berkumpul di Bukit Bintang bagi membantah perkhidmatan Uber dan Grab Car.
Protes yang diadakan di Jalan Bukit Bintang berhadapan Hotel Grand Millennium dan berdekatan pusat membeli-belah Fahrenheit 88 dan Pavilion itu mengakibatkan kesesakan teruk.

Advertisement

Bantahan tersebut bermula pada 11 pagi dan dibuat oleh puluhan pemandu teksi yang sengaja menutup Jalan Bukit Bintang, lapor mStar Online.

Laporan The Star Online pula menyebut pihak polis mengadakan pertemuan dengan ketua kumpulan tersebut dan menasihatkan mereka supaya bersurai.

Antara yang ditahan polis adalah Timbalan Presiden Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M), Kamarudin Mohd Hussain.

Kami di sana bagi membantah Uber dan GrabCar,” kata Kamaruddin kepada The Star menerusi telefon semasa beliau dibawa polis.

Kamaruddin berkata, beliau bukan penganjur protes tetapi berada di sana bagi menyokong perhimpunan itu.

Beliau berkata, tiga lagi pemandu teksi turut ditahan.

Seorang jurucakap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata, mereka menyedari mengenai isu itu dan akan mengeluarkan kenyataan media.

12439186_999349376825970_2664472560120869796_n

12512429_999349426825965_4584390983611428567_n

12920361_999349243492650_7789965681166923600_n

Cer9isrWQAAVT4N

Cer9izEWsAAFMHx

CesRvVgWQAEa53s

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...