Pemandu Teksi Adakan Demonstrasi Depan Kementerian Kewangan Bantah E-Hailing

Trending

Pemandu Teksi Adakan Demonstrasi Depan Kementerian Kewangan Bantah E-Hailing

Sedang viral di media sosial mengenai pemandu-pemandu teksi yang berdemonstrasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan hadapan bangunan Kementerian Kewangan menuntut kerajaan menyekat perkhidmatan e-hailing beberapa jam lepas.


Khabarnya juga pemandu-pemandu teksi telah menutup laluan keluar dari KLIA kerana demo tersebut.

Advertisement




Pemandu-pemandu teksi tersebut mendakwa tertipu dengan janji-janji manis kerajaan Pakatan Harapan dan meminta agar perkhidmatan e-hailing dihapuskan untuk kemandirian kehidupan pemandu teksi yang perlu menyara keluarga.


Mereka juga tidak berpuas hati kerana kenderaan e-hailing beroperasi tanpa garis panduan dan undang-undang yang dikenakan terhadap pemandu teksi.

Demo itu mendapat reaksi bercampur baur di kalangan netizen. Ada yang bersimpati dan meminta agar kerajaan melakukan sesuatu untuk membantu mereka:

Dan ada juga yang merasakan sikap pemandu teksi itu sendiri bermasalah jadi tiada apa boleh dilakukan memandangkan penumpang lebih suka menggunakan e-hailing.

Dan ada yang mengatakan disebabkan pemandu teksi menghabiskan masa berdemo, pemandu e-hailing dapat rezeki lebih kerana masih menawarkan khidmat sepanjang demonstrasi.

Sumber: @meinmokhtar dan @anthraxxxx

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.