Sedang viral di media sosial mengenai pemandu-pemandu teksi yang berdemonstrasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan hadapan bangunan Kementerian Kewangan menuntut kerajaan menyekat perkhidmatan e-hailing beberapa jam lepas.
Khabarnya juga pemandu-pemandu teksi telah menutup laluan keluar dari KLIA kerana demo tersebut.



Pemandu-pemandu teksi tersebut mendakwa tertipu dengan janji-janji manis kerajaan Pakatan Harapan dan meminta agar perkhidmatan e-hailing dihapuskan untuk kemandirian kehidupan pemandu teksi yang perlu menyara keluarga.
Teksi demo pic.twitter.com/DYl8XmHn8o
— ??????????? (@meinmokhtar) October 17, 2018
Teksi demo pic.twitter.com/9jFsxeWVgx
— ??????????? (@meinmokhtar) October 17, 2018
Mereka juga tidak berpuas hati kerana kenderaan e-hailing beroperasi tanpa garis panduan dan undang-undang yang dikenakan terhadap pemandu teksi.
Demo itu mendapat reaksi bercampur baur di kalangan netizen. Ada yang bersimpati dan meminta agar kerajaan melakukan sesuatu untuk membantu mereka:
Dear @anthonyloke I hope you could help our cab drivers who have lost so many customers since the arrival of Uber and later Grab and now solely Grab to monopolise the market. They have mouths to feed and children to be sent to school too. Revive the system, help them grow. https://t.co/B2j6NeldJB
— not here to sugarcoat (@twt_rencam) October 17, 2018
Teksi tak seharusnya di-expect utk berpindah ke Grab sebab Grab ni swasta, teksi nasional tetap tak boleh mansuh dan pupus. Ini skop tugas SPAD & kementerian. Asking them drivers to move to Grab means that the gov berlepas tangan dan hancurkan teksi nasional.
— not here to sugarcoat (@twt_rencam) October 17, 2018
Dan ada juga yang merasakan sikap pemandu teksi itu sendiri bermasalah jadi tiada apa boleh dilakukan memandangkan penumpang lebih suka menggunakan e-hailing.
Like it’s gonna change for them if they don’t change their attitudes themselves. https://t.co/nasVYW7IVv
— ?ErmanMarzuki ?? (@ErmanMarzuki) October 17, 2018
Dan ada yang mengatakan disebabkan pemandu teksi menghabiskan masa berdemo, pemandu e-hailing dapat rezeki lebih kerana masih menawarkan khidmat sepanjang demonstrasi.
alhamdulillah dah clear dah kan…. demo teruk2 last2 yg untung e-hailing jugak pasal semua teksi xkeja sbb p demo ? sape yg rugi sebenarnya nie…
— Vale! Vale! Vale! (@VRoslee) October 17, 2018
Sumber: @meinmokhtar dan @anthraxxxx