Pemandu ‘Perangkap’ Kereta Elak Bayar Tol Buat Netizen Puas

Trending

Pemandu ‘Perangkap’ Kereta Elak Bayar Tol Buat Netizen Puas

Sebagai pemandu kenderaan serta pengguna jalan raya, tol sememangnya satu perkara yang tidak asing lagi buat kita dan semua pemandu kenderaan pastinya perlu untuk melalui tol jika menggunakan jalan raya terutamanya apabila memasuki lebuh raya.

Bayaran tol bertujuan untuk digunakan bagi membiayai pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya tersebut. Jumlah tol yang dikutip bergantung kepada jumlah kenderaan yang melalui jalan itu.

Advertisement

3 years ago

(VIDEO) Plaza Tol Sungai Besi Menghala KL Dilapor Sesak Teruk

Namun, biasanya pulangannya amat tinggi kerana sangat banyak pengguna jalan raya sekarang ini. Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, kita sememangnya perlu mematuhi undang-undang penggunaan jalan raya termasuklah membayar tol.

Cubaan pemilik kereta Honda mengikuti rapat kereta di depan kerana mahu elak bayar tol

Baru-baru ini tular di laman Twitter, seorang pengguna media sosial tersebut telah berkongsi satu video yang memaparkan tindakan bijak seorang pemandu yang berada di salah sebuah plaza tol.

Dalam perkongsian video tersebut, pengguna itu telah berkongsi rakaman video dashcam yang diambil daripada seorang pemandu menunjukkan satu insiden ketika pemandu tersebut mahu membayar tol.

Tidak lama selepas itu, muncul sebuah kereta jenama Honda meluru dengan lajunya dibelakang kereta tersebut. Difahamkan pemilik kereta Honda itu bertindak sedemikian kerana enggan membayar tol.

Dia berfikir yang dia akan berjaya elak daripada membayar tol dengan cara mengikuti rapat kereta didepannya. Namun, tindakan pemandu kereta itu mencuri tumpuan ramai kerana dia telah memberhentikan keretanya seketika di hadapan palang tol selepas selesai membayar tol tersebut.

Disebabkan itu, pemilik kereta Honda itu telah tersangkut lalu bertindak mengundurkan keretanya ke belakang semula kerana tidak berjaya melepasi palang berkenaan yang sudah tertutup.

“Duit dia habis bayar duit kereta bulan bulan”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah berjaya mendapat sebanyak 345 ribu tontonan, 18.4 ribu retweet dan 20.7 ribu tanda like.

Rata-rata netizen turut berpuas hati melihat tindakan pemandu tersebut yang berjaya menghalang pemilik kereta Honda itu untuk tidak membayar tol dan memuji tindakannya itu.

Komen netizen terhadap insiden kereta Honda elak bayar tol

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via Twitter

 

Komen netizen terhadap insiden kereta Honda elak bayar tol

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via Twitter

Ramai juga yang berseloroh mengatakan pemilik kereta Honda tersebut terpaksa bertindak sebegitu kerana sudah menghabiskan duitnya untuk membayar duit kereta bulan-bulan.

Apa-apa pun, kita sebagai pemandu jalan raya perlu mengambil pengajaran daripada situasi tersebut. Bayaran tol adalah undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan dan kita sememangnya perlu untuk patuhinya.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...