Pemandu Myvi Rempuh Dua Kereta Hingga Menyebabkan Kematian Disahkan Positif Dadah

Trending

Pemandu Myvi Rempuh Dua Kereta Hingga Menyebabkan Kematian Disahkan Positif Dadah

Kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Honda Accord dengan Perodua Myvi yang menyebabkan pemandu Honda Accord meninggal dunia di tempat kejadian khabarnya telah tular di pelusuk media sosial semalam.

Menurut laporan Harian Metro, kemalangan berlaku di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi.

Advertisement

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1314846212227395585?s=21

Tidak ketinggalan, pemandu Perodua Myvi yang juga seorang wanita itu juga dikatakan telah ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, pemandu wanita yang berusia 23 tahun itu difahamkan positif dadah menerusi ujian saringan yang dilakukan.

Susulan itu, beliu juga akan turut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement

Kemalangan yang berlaku sekitar jam 9 pagi itu menyaksikan pemandu Perodua Myvi hilang kawalan sebelum merempuh Honda Accord dan Proton Iswara di persimpangan lampu isyarat menghala Plaza Pelangi.

Lebih perit, pemandu Myvi tersebut bukan sekarar memandu di bawah pengaruh dadah, malah tidak mempunyai sebarang lesen ketika ditahan serta cukai jalan kereta yang dipandunya juga disahkan telah tamat tempoh.

Untuk rekod, pemandu Proton Iswara yang berusia 78 tahun hanya mengalami kecederaan manakala pemandu Honda Accord tersepit di bahagian pemandu lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...