Kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Honda Accord dengan Perodua Myvi yang menyebabkan pemandu Honda Accord meninggal dunia di tempat kejadian khabarnya telah tular di pelusuk media sosial semalam.
Menurut laporan Harian Metro, kemalangan berlaku di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi.
https://twitter.com/anthraxxxx/status/1314846212227395585?s=21
Tidak ketinggalan, pemandu Perodua Myvi yang juga seorang wanita itu juga dikatakan telah ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, pemandu wanita yang berusia 23 tahun itu difahamkan positif dadah menerusi ujian saringan yang dilakukan.
Susulan itu, beliu juga akan turut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kemalangan yang berlaku sekitar jam 9 pagi itu menyaksikan pemandu Perodua Myvi hilang kawalan sebelum merempuh Honda Accord dan Proton Iswara di persimpangan lampu isyarat menghala Plaza Pelangi.
Lebih perit, pemandu Myvi tersebut bukan sekarar memandu di bawah pengaruh dadah, malah tidak mempunyai sebarang lesen ketika ditahan serta cukai jalan kereta yang dipandunya juga disahkan telah tamat tempoh.
Untuk rekod, pemandu Proton Iswara yang berusia 78 tahun hanya mengalami kecederaan manakala pemandu Honda Accord tersepit di bahagian pemandu lalu meninggal dunia di tempat kejadian.