Pemandu Myvi Dimarahi ‘Escort’ Treler Panjang Kerana Tidak Sabar

Trending

Pemandu Myvi Dimarahi ‘Escort’ Treler Panjang Kerana Tidak Sabar

Demi keselamatan, kita pastinya akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan jarak kenderaan yang kita pandu berada dalam jarak yang selamat jika ternampak treler panjang di atas jalan raya.

Ini adalah kerana, treler merupakan kenderaan muatan berat dan berupaya membuat kenderaan yang berdekatan dengannya berisiko untuk terlibat dengan kemalangan.

Advertisement

3 years ago

Aksi Myvi Redah Jalan Kebun Curi Tumpuan Ramai

Seperti yang kita tahu, kereta model Perodua Myvi sering dikaitkan dengan aksi-aksi luar biasa di jalan raya dan selalu menjadi tumpuan warganet di media sosial. Banyak betul cerita berkenaan dengan kereta Myvi ini.

Pemandu Myvi dimarahi escort treler panjang

Baru-baru ini, satu perkongsian oleh seorang individu yang merupakan ‘escort’ treler panjang di laman TikTok memaparkan satu insiden di mana sebuah kereta Myvi bertindak mencuba untuk memintas sebuah treler panjang yang mahu masuk ke kanan di satu persimpangan lampu isyarat.

Ekoran tindakan pemandu kereta Myvi yang tidak sabar itu, escort treler panjang tersebut bertindak membunyikan hon dan menjerit menegur pemandu Myvi itu.

Dia menyatakan yang perbuatan pemandu Myvi tersebut membahayakan dirinya serta pengguna jalan raya yang lain. Pemandu Myvi itu bernasib baik kerana tiada kemalangan dan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Silap kalau kena ekor, lori tu yang melambung, bukan myvi”

Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan tindakan pemandu escort treler panjang tersebut yang menegur pemandu Myvi itu.

Ada juga yang berseloroh mengatakan jika kereta Myvi itu berlanggar dengan treler panjang tersebut, treler panjang itu yang akan melambung.

Komen netizen tentang cerita kereta Myvi dan treler panjang

Komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Komen netizen tentang cerita kereta Myvi dan treler panjang

Komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Apa-apa pun, kita sebagai pemandu boleh jadikan perkongsian ini satu pengajaran untuk kita. Kita perlu sentiasa berhati-hati jika bertemu dengan treler panjang seperti ini supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang insiden pelanggaran.

Jadilah pemandu yang berhemah dan tidak mendatangkan kesusahan kepada pemandu jalan raya yang lain.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...