Pemandu Mabuk & Positif Dadah Sebabkan Kematian Penunggang Motosikal Direman 4 Hari

Berita

Pemandu Mabuk & Positif Dadah Sebabkan Kematian Penunggang Motosikal Direman 4 Hari

Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an direman selama empat hari selepas dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di Jalan Raya Barat, Klang, semalam.

Perintah reman sehingga Khamis itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat di Mahkamah Majistret hari ini bagi membantu siasatan lanjut, memetik Awani.

Advertisement

Suspek yang hadir memakai baju-T berkolar putih dan seluar pendek kelabu disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Lim Jit Huey, kejadian berlaku sekitar jam 11.40 pagi dan mengakibatkan mangsa, seorang lelaki berusia 30-an, maut di tempat kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek yang memandu kereta jenis Honda City dari arah Bandar Klang dipercayai memandu secara laju dan berbahaya.

“Siasatan awal mendapati kereta dipandu suspek memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.”

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Insiden tragis itu turut tular di media sosial menerusi rakaman video yang memaparkan kereta dipandu laju melintasi garisan berkembar sebelum merempuh motosikal, menyebabkan penunggangnya melambung dan tercampak ke atas kenderaan lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-05 14:33:01

"Anggota Pun Angkat Kaki" - Tular Video Lima Lelaki Bertumbuk Dalam Balai Polis Di Klang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...