Pemandu Mabuk Disabit Seksyen 302, Isteri Mangsa Luah Rasa Syukur – “Saya Mahu Nyawa Dibalas Nyawa”

Berita

Pemandu Mabuk Disabit Seksyen 302, Isteri Mangsa Luah Rasa Syukur – “Saya Mahu Nyawa Dibalas Nyawa”

Seorang juruteknik berusia 28 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penunggang motosikal dalam kejadian tragis, Ahad lalu.

Tertuduh, R. Saktygaanapathy, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A. Khartiyayini. Namun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, memetik KOSMO ONLINE.

Advertisement

Isteri Mangsa Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Hadir Ke Mahkamah Klang

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menyebabkan kematian Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat sekitar jam 11.47 pagi pada 29 Mac lalu. Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta minimum 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sama, tertuduh turut mengaku bersalah atas kesalahan mengambil dadah jenis benzo dan tetrahydrocannabinol (THC). Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan pada hari kejadian, sekitar jam 3.30 petang.

Bagi kesalahan dadah tersebut, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, selain perintah pengawasan antara dua hingga tiga tahun.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin tidak menawarkan jaminan dan memohon tarikh baharu bagi penyerahan dokumen termasuk laporan bedah siasat, patologi dan forensik. Tertuduh tidak diwakili peguam.

Prosiding turut dihadiri isteri mangsa, Nurul Nadia Abdul Majid, yang hadir sebagai pemerhati bersama peguamnya. Mahkamah menetapkan 3 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, mangsa dilaporkan maut selepas dirempuh sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu tertuduh. Siasatan awal mendapati kenderaan tersebut dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum melanggar motosikal mangsa, menyebabkan mangsa tercampak dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-01 11:17:06

Isteri Mangsa Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Hadir Ke Mahkamah Klang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...