Pemandu Langgar Lari Cyberjaya Berang Dihalang Masuk Parkir OKU

Trending

Pemandu Langgar Lari Cyberjaya Berang Dihalang Masuk Parkir OKU

Pemandu yang memandu kereta BHS7999 dikatakan berang kerana dihalang untuk memasuki parkir OKU oleh seorang pengawal keselamatan. Dia kemudiannya memandu keluar sambil melanggar beberapa buah kereta yang dipakir dan kemudianya melanggar seorang wanita yang sedang melintas jalan, Wan Amirah Wan Alias, 31.


Wan Amirah meninggal dunia beberapa jam selepas dirawat dengan kecederaan parah di Hospital Putrajaya.

Astro Awani melaporkan, ibu saudara mangsa mengatakan bahawa dia hanya datang ke situ untuk membeli roti.

Advertisement

Saya diberitahu, kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan seorang lelaki warga asing yang berang selepas pengawal keselamatan di situ tidak membenarkannya memarkir di petak letak kereta orang kurang upaya (OKU).

Disebabkan tu, lelaki tersebut memandu keluar kereta jenis Hyundai dalam keadaan marah sebelum merempuh beberapa kenderaan lain dan melanggar anak saudara saya yang turut berada di situ.

Dia juga kesal kerana pemandu itu kemudiannya melarikan diri:

Memang terkejut sangat bila dapat berita yang menimpa anak saudara saya tu.Tambah lagi dia jadi mangsa keadaan akibat sikap pentingkan diri serta perbuatan tidak bertanggungjawab orang lain.

Saya harap pelaku dapat ditangkap cepat dan menerima hukuman setimpal dengan apa yang dilakukannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali pula, pemandu itu yang menaiki kereta Hyundai melanggar sebuah kereta Proton, Perodua MyVi dan Honda City sebelum merempuh mangsa.

>

Mangsa meninggal dunia jam 4.00 pagi semalam di hospital. Dia menambah:

Setakat ini, lelaki yang memandu kereta jenis Hyundai dengan nombor pendaftaran BHS 7999 itu masih belum tampil membuat laporan.

Dia melarikan diri selepas kejadian dan usaha menjejakinya sedang dijalankan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Rakan-rakan mangsa turut menyampaikan penghargaan mereka buat mangsa di media sosial. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...