Pemandu Kereta Ditahan, Halang Jentera Bomba Buat Tugas Kecemasan Pada 2019

Trending

Pemandu Kereta Ditahan, Halang Jentera Bomba Buat Tugas Kecemasan Pada 2019

Baru-baru ini tular di media sosial berhubung dengan sebuah kereta jenis Proton Wira cuba mengambil kesempatan ketika siren jentera bomba dan penyelamat dibunyikan. Bukan itu sahaja, pemandu berkenaan juga sekaligus menghalang laluan jentera bomba berkenaan ketika menjalankan tugas kecemasan pada 2019.

Terbaru, pemandu kereta Wira yang merupakan seorang operator kilang telah ditahan di Taman Munsyi, Johor Bahru pada 30 Mac selepas rakaman video perbuatanya itu tular, lapor Harian Metro.

Advertisement

Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain selaku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan berkata, suspek ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Johor Bahru Selatan, jam 9.30 malam.

“Suspek berumur 33 tahun dan bekerja sebagai operator kilang. Kami turut merampas Proton Wira milik suspek seperti yang tular di laman sosial”

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 27 April 2019 dan tular di media sosial pada 27 Mac lalu,” – katanya pada satu kenyataan.

Menurut Mohd Padzli, berdasarkan rakaman video yang tular, Proton Wira berkenaan menghalang laluan jentera bomba di persimpangan lampu isyarat Jalan Bakar Batu, Johor Bahru.

Suspek mengambil kesempatan dengan memandu di hadapan jentera bomba serta mengeluarkan isyarat tangan kepada kenderaan lain untuk membuka laluan tanpa memiliki kuasa yangn sah. Perbuatan seperti ini dapat membahayakan dirinya serta pengguna jalan raya lain kerana melanggar lampu merah.

Pihaknya memohon kerjasama daripada pengguna jalan raya supaya sentiasa peka terutamanya dalam memberi laluan kepada kenderaan bomba dan ambulans jika berlaku hal kecemasan.

Dalam pada itu, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...