Pemandu Kancil Tersilap Bawa Masuk Kereta Dalam ‘Airport’, Rupanya Pernah Terima Rawatan Psikiatri

Trending

Pemandu Kancil Tersilap Bawa Masuk Kereta Dalam ‘Airport’, Rupanya Pernah Terima Rawatan Psikiatri

Sebelum ini kecoh apabila gambar pemandu Kancil membawa keretanya memasuki sebuah lapangan terbang dikongsikan di media sosial. Ramai yang menganggap kejadian itu sebagai sesuatu yang melucukan dan hanyalah kesilapan biasa oleh pemandu tersebut.

Di dalam kejadian itu, pemandu wanita tersebut telah memandu keretanya memasuki ruang Balai Pelepasan di tingkat satu Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus sehingga menimbulkan suasana panik. Berdasarkan laporan pihak polis, pemandu berusia 55 tahun itu pernah mendapat rawatan psikiatri.

Advertisement

Tidak sedar semasa kejadian

Semasa pihak polis melakukan siasatan, wanita ini memberitahu dia tidak tahu mengapa dia boleh bertindak sedemikian dan tidak sedar semasa ianya berlaku. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, hasil siasatan mendapati wanita berusia 55 tahun itu pernah mempunyai rekod dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 2012.

“Sebaik masuk ke dalam, wanita itu berhenti dan dipujuk kakitangan sebelum dia diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.”

Wanita itu bagaimana pun dibebaskan dengan jaminan dan diserahkan kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut. Berdasarkan kenyataan dari pihak polis ini, orang ramai kemudian mengaitkan kes ini seperti kes seorang wanita yang mengamuk apabila keretanya ditunda.

Pada bulan lepas, video seorang wanita yang mengamuk sehingga meludah pada orang awam gara-gara keretanya ditunda viral di media sosial. Namun selepas siasatan, ternyata wanita tersebut mengalami masalah sakit jiwa akibat tekanan hidup yang dialaminya.

Artikel berkaitan: Netizen Dedahkan Kisah Sebenar Di Sebalik Kehidupan Sedih Wanita Yang Mengamuk Kerana Kereta Ditunda Ini

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...