Pemandu Grab/Uber Boikot Pelajar Universiti Kerana Kebodohan Mereka

Trending

Pemandu Grab/Uber Boikot Pelajar Universiti Kerana Kebodohan Mereka

Beberapa hari lalu timbul isu dimana sekumpulan pemandu perkhidmatan teksi atas talian memboikot pelajar Universiti kerana memberi rating yang rendah.

Advertisement

Untuk pengetahuan anda, Rating dalam perkhidmatan ini sangat penting untuk memastikan pemandu mendapat insentif. Rating yang rendah juga menyebabkan pemandu akan dibatalkan daripada menjadi pemandu grab/uber.

Dalam satu luahan yang tular di laman sosial sejak semalam, seorang pemandu mendakwa terkilan apabila rating yang rendah diberikan pelajar atas alasan mereka menggunakan kereta buatan tempatan.

Semuanya bermula selepas seorang pengguna Facebook yang juga pemandu perkhidmatan Uber dan Grab, menerima rungutan daripada pelajar sebuah universiti awam yang mendakwa sukar mendapatkan pemandu di kawasan kampus.

Selepas diselidik, rupa-rupanya ia berpunca daripada sikap pelajar itu yang kerap memberikan rating yang rendah kepada pemandu, dan lebih mengecewakan rating yang rendah diberi berdasarkan kereta yang digunakan.

Apa yang paling teruk bila pelajar lakukan kerja tak ada akal seperti ini. Bukan sahaja memberi rating rendah tetapi bertindak seakan kebudak budakkan.

Belajar sampai masuk Universiti. Benda macam ni pun susah nak fikir.

Benda mengada ni bukan pelajar je buat. orang yang konon label diri tahu pasal financial stuff pun demand nak bayar murah tapi nak naik kereta sedap. Sikap mengada tak tahu bersyukur ni memang tak boleh buat apa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...