Pemandu Grab Perempuan Diacu Pisau, Dicabul Kehormatan Oleh Penumpang

Trending

Pemandu Grab Perempuan Diacu Pisau, Dicabul Kehormatan Oleh Penumpang

Seorang pemandu Grab perempuan mendakwa diserang secara seksual oleh seorang penumpang lelaki setelah diancam menggunakan pisau pagi semalam.

Kejadian itu dikatakan berlaku di kawasan gelap berdekatan Kondominium Prima KOI di Taman Mas pada pukul 5.36 pagi.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Azizan Tukiman memberitahu mangsa telah mengambil penumpang di stesen minyak berdekatan kawasan rehat Awan Besar. Katanya ketika dihubungi hari ini:

Suspek memerintahkan mangsa untuk diam, menekup mulutnya dan mengacukan pisau ke lehernya.

Suspek kemudiannya melompat ke tempat duduk penumpang sebelum mencium wajah mangsa dan meramas payudaranya.

Azizan menambah, suspek sedang membuka zip seluar apabila mangsa bergelut dan melompat keluar dari kereta Proton Saga yang sedang bergerak.

Pada masa kejadian, sebuah teksi sedang lalu di jalan itu dan suspek telah melarikan diri apabila mangsa menjerit meminta tolong.

Berikutan kejadian itu, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Putera Perdana pada pukul 7.15 pagi semalam.

Polis kini sedang memburu suspek yang dipercayai berusia 20-an.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan seorang wanita yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda, atau rotan. – amazingnara.com via NST

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...