Pemandu Grab Kecewa Kenderaan Semakin Bertambah Di Jalan Raya Walaupun Dalam Tempoh PKP

Trending

Pemandu Grab Kecewa Kenderaan Semakin Bertambah Di Jalan Raya Walaupun Dalam Tempoh PKP

Pada minggu lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan lagi sehingga 28 April ini. Lanjutan tempoh ini juga dilakukan bagi memberi ruang kepada petugas perubatan menangani pandemik ini dengan lebih efektif lagi. Pelaksanaan PKP yang dilakukan bermaksud aktiviti di kawasan awam tidak dibenarkan melainkan hanya di atas tujuan kecemasan sahaja.

Namun, seorang pengguna Facebook berkongsikan baru-baru ini terdapat peningkatan kenderaan di jalan raya di dalam tempoh PKP ini. Dia yang juga merupakan pemandu Grab turut meluahkan rasa kecewanya melihat perangai segelintir masyarakat Malaysia yang masih tidak faham dengan arahan dikeluarkan.

Advertisement

Jalan raya sesak

PKP

Saya pemandu Grab. Almost everyday bermula dari PKP penggal pertama, saya keluar buat Grab. Pada peringkat awal PKP dulu, memang suasana jalan raya sangat kurang kereta. Hanya yang banyak atas jalan waktu tu ialah rider Panda dan Grab Food.

Tetapi hari ni I am totally SHOCKED!! Bilangan kenderaan atas jalan macam hari biasa. PKP boleh ibarat dah ke laut. Everybody go around doing their thing like as if nothing is wrong. Saya perasan benda ni start dari semalam (10 April). Lepas kerajaan umum PKP dilanjutkan 14 hari lagi.

Menurut perkongsiannya ini, keadaan yang sesak di jalan raya ini dilihat semakin bertambah berbeza daripada semasa fasa pertama PKP yang dijalankan. Lebih membimbangkan, arahan hanya satu orang dalam satu kenderaan juga sudah tidak dihiraukan lagi.

Siap bawa baby lagi

PKP

Orang ni semua keluar bukan satu orang satu kereta lagi dah. Yang saya tengok husband and wife satu kereta ni bersepah. Yang satu family pun ada. There’s one hakak ni berhenti sebelah saya kat traffic light. Siap bawa baby lagi kat baby seat sebelah seat depan. OMG..boleh dok cak-cak pulak dengan baby dia tu. Tak rasa takut apa pun.

Nak tahu betapa banyaknya kereta kat jalan, ni contoh saya kena tadi. Saya sangkut kat road-block depan EKO Cheras Mall for 2 HOURS. Saya boleh tengok cerita Ahmad Albab dekat youtube sampai habis tapi masih dok sangkut kat road block tu. That’s just how terrible the situation is.

Dia turut menyuarakan kebimbangannya tempoh PKP ini yang boleh berlarutan lebih lama melihatkan perangai segelintir masyarakat Malaysia seperti ini. Tidak mustahil tempoh PKP akan dilanjutkan malah lebih lama sehingga selepas Raya sekiranya orang ramai masih tidak menghiraukan arahan yang dikeluarkan.

Tempoh PKP ini adalah sangat penting bagi membendung penularan COVID-19 di dalam skala yang lebih besar. Sekiranya tempoh PKP dilanjutkan lebih lama lagi gara-gara sikap segelintir masyarakat ini, ianya bukan saja boleh meragut nyawa malah keadaan ekonomi negara juga bakal merudum.

Tahukah anda pakar menjangkakan kadar pengangguran di Amerika Syarikat dijangka mencecah 20 juta pada bulan ini? Pandemik ini telah menyebabkan berjuta rakyat AS memohon faedah pengangguran kerana ketiadaan pendapatan selama perintah ‘lockdown’ di negara mereka. Untuk baca lebih lanjut, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: COVID-19: Lebih 16 Juta Rakyat AS Mohon Faedah Pengangguran Dalam Tempoh Tiga Minggu Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...