Memang tak boleh dinafikan, perkhidmatan serta servis pengangkutan e-hailing seperti Grab, Mycar dan banyak lagi di Malaysia memang sangat memudahkan kehidupan ramai orang terutama buat mereka yang sibuk dan tiada kenderaan sendiri.
Mana tidaknya, hanya dengan menggunakan smart phone, dan sambungan internet yang baik, anda boleh menempah servis e-hailing untuk ke mana sahaja.
Servis ini juga menjadi salah satu pekerjaan dan sumber rezeki untuk ramai orang di seluruh dunia. Tidak kira pekerjaan full time ataupun part time.
Oleh sebab itu, Menteri Pengangkutan, telah mengumumkan, semua pemandu perkhidmatan ‘e-hailing’ mesti membuat pendaftaran lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) seperti pemandu teksi lain mulai Januari tahun depan.

Sumber:Malaysia Post
Anthony Loke Siew Fook berkata, pemandu diberi tempoh sehingga 12 Julai 2019 untuk menyelesaikan pendaftaran lesen PSV mereka termasuk mengikuti kursus PSV.
“Kita akan mula kuatkuasakan peraturan baharu itu kerana itu ialah tempoh yang kita beri, maksudnya menjelang 12 Julai semua pemandu e-hailing mesti ada pendaftaran dan lesen PSV, insurans dan kenderaan yang melebihi tiga tahun perlu buat pemeriksaan kenderaan.”
Peraturan ‘e-hailing ini telahpun digazetkan. Pendaftaran untuk pemandu ini akan bermula Januari hingga Julai 2019.
Pada bulan Julai lalu juga pihak kementerian juga ada mengumumkan kos lesen PSV itu ialah RM115 setahun, dan pemeriksaan kenderaan tahunan perlu dilakukan oleh PUSPAKOM.
Kenderaan yang digunakan dalam khidmat e-hailing juga perlu mendapat sekurang-kurangnya tahap ASEAN NCAP minimum tiga bintang (kebanyakan kenderaan tempatan sekarang mendapat penarafan empat bintang dan ke atas), dan kenderaan yang berusia tiga tahun ke atas perlu melalui pemeriksaan PUSPAKOM dengan bayaran RM55.
Permohonan lesen pengendalian e-hailing dibuka kepada mana-mana syarikat dan syarikat teksi yang mahu beralih kepada teknologi itu.
Manakala tambang pula akan ditentukan oleh syarikat itu sendiri.
Sumber: BERNAMA dan TheSun