Pemandu Degil Ingkar PKP & Dijerit Polis, Nama Fikry Ibrahim Dipetik Netizen?

Hiburan

Pemandu Degil Ingkar PKP & Dijerit Polis, Nama Fikry Ibrahim Dipetik Netizen?

Seperti yang diketahui, kita kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2 (PKP 2). Kali ini, undang-undang lebih ketat dan pihak berkuasa telah memaklumkan bahawa hanya seorang sahaja wakil ahli keluarga dibenarkan keluar. Sekiranya ada urusan penting dan ingin ke sesuatu tempat, harus bawa dokumen atau surat dan pihak berkuasa akan ambil tindakan tegas sekiranya mana-mana pihak ingkat dengan arahan tersebut.

fikry ibrahim dijerit polis

Advertisement

Namun, ada juga individu yang masih berdegil. Baru-baru ini, viral video seorang pemandu kereta yang didakwa pelakon popular telah mengingkar arahan PKP 2. Gagal menunjukkan sebab dan bukti mengapa dia perlu keluar. Alasan yang diberikan, “tidak tahu”. 

Menerusi perkongsian seorang pengguna di Twitter, dia mendakwa lelaki yang memandu kereta itu adalah Fikry Ibrahim.

“Bukan Fikry Ibrahim ke tu?”

fikry ibrahim

Susulan daripada itu, pihak berkuasa telah memintanya untuk membuat pusingan U dan tidak dibenarkan melalui jalan tersebut. Tetap tidak patuh dengan arahan, pemandu itu dilihat tetap jalan terus dan dijerit oleh pegawai polis yang bertugas.

“Macam dia, terutama sekali loghat utara tu”

 

fikry ibrahim dijerit polis fikry ibrahim polis

fikry ibrahim dijerit polis fikry ibrahim dijerit polis fikry ibrahim dijerit polis fikry ibrahim dijerit polis

Rata-rata netizen spekulasi sememangnya lelaki itu adalah Fikry berdasarkan percakapannya dalam loghat Utara. Malah, alamat kad pengenalan serta nombor plat kenderaan yang berasal dari Kedah juga sama dengan alamat asal pelakon tersebut.

Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang penjelasan daripada pihak Fikry mengenai perkara itu. Mungkin ia hanya sekadar spekulasi, ataupun pelanduk dua serupa.

fikry ibrahim dijerit polis

Apa-apa pun, harapnya orang ramai terus mengikuti arahan sepanjang tempoh PKP 2 ini. Kalau tiada urusan penting, duduk rumah sahaja agar kita dapat segera memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...