Seperti yang diketahui, kita kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2 (PKP 2). Kali ini, undang-undang lebih ketat dan pihak berkuasa telah memaklumkan bahawa hanya seorang sahaja wakil ahli keluarga dibenarkan keluar. Sekiranya ada urusan penting dan ingin ke sesuatu tempat, harus bawa dokumen atau surat dan pihak berkuasa akan ambil tindakan tegas sekiranya mana-mana pihak ingkat dengan arahan tersebut.
Namun, ada juga individu yang masih berdegil. Baru-baru ini, viral video seorang pemandu kereta yang didakwa pelakon popular telah mengingkar arahan PKP 2. Gagal menunjukkan sebab dan bukti mengapa dia perlu keluar. Alasan yang diberikan, “tidak tahu”.
Menerusi perkongsian seorang pengguna di Twitter, dia mendakwa lelaki yang memandu kereta itu adalah Fikry Ibrahim.
“Bukan Fikry Ibrahim ke tu?”
Susulan daripada itu, pihak berkuasa telah memintanya untuk membuat pusingan U dan tidak dibenarkan melalui jalan tersebut. Tetap tidak patuh dengan arahan, pemandu itu dilihat tetap jalan terus dan dijerit oleh pegawai polis yang bertugas.
“Macam dia, terutama sekali loghat utara tu”
Rata-rata netizen spekulasi sememangnya lelaki itu adalah Fikry berdasarkan percakapannya dalam loghat Utara. Malah, alamat kad pengenalan serta nombor plat kenderaan yang berasal dari Kedah juga sama dengan alamat asal pelakon tersebut.
Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang penjelasan daripada pihak Fikry mengenai perkara itu. Mungkin ia hanya sekadar spekulasi, ataupun pelanduk dua serupa.
Apa-apa pun, harapnya orang ramai terus mengikuti arahan sepanjang tempoh PKP 2 ini. Kalau tiada urusan penting, duduk rumah sahaja agar kita dapat segera memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.