Pantai Maho yang terletak di St Maarten, Caribbean menjadi salah satu tarikan pelancong di Caribbean untuk melihat kapal terbang yang mendarat di Princess Juliana International Airport kerana pantai tersebut berada di laluan kapal terbang. Ianya menjadi sangat menarik kerana kapal terbang akan berada hanya beberapa meter di atas kepala apabila melakukan pendaratan. Kami selalu juga tengok Kapal Terbang mendarat di Sultan Muhammad IV Airport, sangat seronok bila melihat kapal terbang mendarat dicampur lawak mengarut dari rakan-rakan.