Lapangan terbang Changi merupakan lapangan terbang yang tersibuk di dunia. Lapangan terbang ini menghubungkan 200 destinasi seluruh dunia dan 5000 pesawat keluar masuk dalam seminggu merangkumi 80 syarikat penerbangan antarabangsa. Milton Tan yang merupakan jurugambar dari Singapura telah merakamkan detik malam yang menarik di Lapangan Terbang Changi apabila kapal terbang yang keluar masuk nampak seakan bintang yang bergerak ketika waktu malam.