Untuk makluman ramai, Jabal Omar Makkah membuat pengumuman bahawa ruang solat tertinggi menghadap Kaabah telah pun dibuka.
Sky Musallah diiktiraf Guinness World Records
Ruang solat yang digelar sebagai Sky Musallah itu merupakan surau tertinggi dalam dunia dan ia diikhtiraf oleh Guinness World Records.
Berjaya memasuki rekod dunia terkemuka, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembangunan Jabal Omar meluahkan rasa bangga dengan pencapain tersebut.
Dengan lokasi utamanya yang berpusat di menara berkembar hotel, Sky Mussallah benar-benar mempesonakan dan mesti dikunjungi oleh semua orang yang melalui bandar ini.
Ruang yang luas, setinggi 483 meter
Difahamkan, ruang solat Sky Musallah ini mampu memuatkan seramai 520 orang yang mahu menunaikan solat pada bila-bila masa.
Bahkan, surau yang mempunyai ketinggian 483 meter ini juga menyajikan pemandangan eksklusif iaitu Kaabah serta mercu lain di Mekah.
Ia telah direka khas untuk menawarkan hubungan yang tulus dengan persekitarannya yang suci, memberikan pemandangan Masjid Al-Haram dengan pemandangan penuh Kaabah di mana seluruh bandar menjadi hidup setiap tahun semasa musim Haji dan Umrah.
Tambahan lagi, design kaligrafi Arab juga menakjubkan kerana setiap kaligrafi yang dicoretkan menceritakan kisah tentang nama-nama Allah SWT yang berbeza.