Seorang individu yang menggunakan nama ‘Hapus Miskin’ baru-baru ini mencadangkan agar kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan sebanyak RM6,000 sebulan.
Penulisan individu itu yang diterbitkan dalam ruang ‘Luahan Pembaca’ akhbar online Kosmo itu menyatakan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah yang diperkenalkan kerajaan PMX digantikan dengan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Tulisnya, BSH dimasukkan secara bulanan bagi menggantikan STR yang diberikan secara ansuran.
Dicadangkan kepada Anwar supaya isi rumah diberi BSH RM6,000 sebulan, bujang (18 tahun ke atas) RM2,700, warga emas tanpa pasangan RM4,000 dan individu di bawah 18 tahun RM700.
Malah, individu itu juga meminta kerajaan untuk menyediakan potongan harga jualan rahmah sebanyak 45 peratus ke atas makanan dan minuman serta 50 peratus potongan harga untuk perkhidmatan awam.
Perkongsian tersebut kemudiannya menjadi tular di media sosial dan ternyata telah menuai pelbagai kritikan dan pendapat daripada netizen.
Ramai yang berpendapat bahawa permintaan tersebut sebagai tidak masuk akal dan menunjukkan penulis sebagai seorang pemalas dan tidak mahu berusaha.
Kata netizen lagi, mereka yang bersetuju dengan cadangan ini seolah-olah hanya mahu ‘goyang kaki’ dan mengharapkan duit bantuan kerajaan semata-mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.