Pemakaian Tanjak Bukan Hanya Sebagai Aksesori Fesyen

Fesyen

Pemakaian Tanjak Bukan Hanya Sebagai Aksesori Fesyen

Kebiasaannya kita dapat melihat pemakaian tanjak ini di acara adat-istiadat bangsa Melayu ataupun mungkin pada majlis perkahwinan yang dipakai oleh pengantin lelaki.

Tanjak pada secara ringkasnya merupakan busana kepala yang digunakan oleh kaum lelaki. Pada zaman dahulu digunakan ketika acara istiadat yang berlaku di istana. Sebelum zaman kesultanan Melayu Melaka, hanya sehelai kain digunakan untuk diikat di kepala bagi menutup rambut secara kemas.

Advertisement

Mengikut peredaran masa, tanjak kemudian berubah daripada hanya sehelai kain kepada tanjak yang kita lihat sekarang.

Jika diikutkan pada masa dahulu, pemakaian tanjak merupakan simbol melambangkan status sosial dalam masyarakat.  Bentuk gubahan hiasan kepala pula kebiasaannya menceritakan asal usul pemakai.

Bukan hanya aksesori 

Kini semakin ramai pihak yang berusaha menaikkan semula pemakaian tanjak dalam masyarakat dengan kehadiran jenama-jenama busana yang menggunakan tanjak. Ini dilihat sebagai satu usaha untuk terus memartabatkan budaya Melayu.

Kredit: Instagram @rayisbird

Selain daripada pemakaian tanjak pada majlis perkahwinan, ada juga yang memakainya pada acara lain seperti sambutan hari raya seperti yang digayakan oleh pemuda ini di Instagram miliknya.

Persatuan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM) antara yang aktif dalam memperjuangkan budaya Melayu seperti pemakaian tanjak ini. Mereka juga aktif mengadakan bengkel pengenalan destar, tanjak dan tengkolok.

Amat penting bagi pemakai untuk memahami maksud disebalik pemakaian tanjak dalam budaya Melayu, merevolusikan pemakaian tanjak bersesuaian dengan kemajuan pada masa yang sama memelihara pantang-larangnya.

Ini bukan hanya sebagai satu aksesori fesyen tapi sebagai pembawaan budaya Melayu kepada pemakai. Penting bagi pemakai untuk berkelakuan sopan dalam menghormati budaya Melayu yang dipakai. 

Sumber: Mimbar kata

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...