Pemaju Nafi Upah Samseng ‘Buat Kecoh’ Dan Ceroboh Kuil

Trending

Pemaju Nafi Upah Samseng ‘Buat Kecoh’ Dan Ceroboh Kuil

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media khas mendedahkan siasatan polis mendapati peguam pemaju One City Development memberi upah sebanyak RM150,000 kepada 50  lelaki Melayu untuk menceroboh dan mencetuskan rusuhan di  Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada awal pagi Isnin lalu.

Advertisement

Walaubagaimanapun, syarikat tersebut menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan pihak mereka tidak pernah mengupah mana-mana samseng mengambil alih mahupun melakukan rusuhan. One City juga akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan berkaitan insiden tersebut.

Kakitangan di tempat kejadian diarahkan untuk memberi bantuan logistik dan membantu dalam penempatan semula yang teratur di bawah kawalan polis. Syarikat kami juga akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan kejadian itu.

Biarlah polis menjalankan siasatan lanjut dan kita lihat nanti siapakah dalang sebenar disebalik kejadian tersebut. Buat masa ini, harap semuanya bertenang dan tidak melibatkan sentimen perkauman ataupun terus menyebarkan cerita tidak benar yang menghangatkan lagi suasana.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Astro Awani & NST

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...