“Pemaju Daripada Singapore Dah Boleh Berambus Keluar!” – Rafidah Ibrahim Berterima Kasih Kepada Sultan Selangor

Trending

“Pemaju Daripada Singapore Dah Boleh Berambus Keluar!” – Rafidah Ibrahim Berterima Kasih Kepada Sultan Selangor

Hingga ke hari ini isu melibatkan Kampung Sungai Baru masih ‘panas’ dibicarakan, lagi-lagi pelakon serta aktivis Rafidah Ibrahim bersuara selepas titah Sultan Selangor mengenai isu tersebut.

Rafidah berterima kasih kepada Sultan Selangor

Dalam video yang dimuat naik di Instagram, Rafidah yang menyatakan dirinya merupakan anak jati Kampung Sungai Baru menzahirkan rasa terima kasih kepada baginda atas sokongan kepada penduduk.

Advertisement

Daulat Tuanku, patik anak jati Kampung Sungai Baru, Kampung Baru dan penduduk kampung ini ingin mengucapkan terima kasih atas penjelasan dan sokongan daripada pihak tuanku.

Seru pemaju asing ‘berambus’ daripada kawasan Kampung Sungai Baru

Dalam pada masa yang sama, dia berkata bahawa Datuk Seri Johari Ghani sendiri sudah mengakui bahawa wujud gazeet 1550 bertarikh 16 Februari 1932 yang mengesahkan Kampung Sungai Baru berada di bawah rizab MAS.

Pemaju daripada Singapura, dah boleh berambus keluar daripada Kampung Sungai Baru. Inshaallah tak lama lagi Kampung Sungai Baru akan peroleh kemenangan.

Susulan itu, pelakon terbabit menyeru agar pemaju asing menarik diri serta menyatakan penduduk kampung berkenaan akan mengambil tindakan selepas peroleh kemenangan.

khalid samad saman rafidah
2025-09-18 11:20:43

Kg Sungai Baru : Khalid Samad Saman Rafidah Ibrahim - "Tolong Beza Maksud Leasehold Dan Tanah Rizab"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram