Hingga ke hari ini isu melibatkan Kampung Sungai Baru masih ‘panas’ dibicarakan, lagi-lagi pelakon serta aktivis Rafidah Ibrahim bersuara selepas titah Sultan Selangor mengenai isu tersebut.
Rafidah berterima kasih kepada Sultan Selangor
Dalam video yang dimuat naik di Instagram, Rafidah yang menyatakan dirinya merupakan anak jati Kampung Sungai Baru menzahirkan rasa terima kasih kepada baginda atas sokongan kepada penduduk.
Daulat Tuanku, patik anak jati Kampung Sungai Baru, Kampung Baru dan penduduk kampung ini ingin mengucapkan terima kasih atas penjelasan dan sokongan daripada pihak tuanku.
View this post on Instagram
Seru pemaju asing ‘berambus’ daripada kawasan Kampung Sungai Baru
Dalam pada masa yang sama, dia berkata bahawa Datuk Seri Johari Ghani sendiri sudah mengakui bahawa wujud gazeet 1550 bertarikh 16 Februari 1932 yang mengesahkan Kampung Sungai Baru berada di bawah rizab MAS.
Pemaju daripada Singapura, dah boleh berambus keluar daripada Kampung Sungai Baru. Inshaallah tak lama lagi Kampung Sungai Baru akan peroleh kemenangan.
Susulan itu, pelakon terbabit menyeru agar pemaju asing menarik diri serta menyatakan penduduk kampung berkenaan akan mengambil tindakan selepas peroleh kemenangan.