Pemain Pro Fortnite Faze Jarvis, ‘Diban’ Bermain Permainan Ini Seumur Hidupnya

Teknologi

Pemain Pro Fortnite Faze Jarvis, ‘Diban’ Bermain Permainan Ini Seumur Hidupnya

Walau sehebat mana pun anda, jangan sesekali menggunakan helah jahat dalam pemainan game.

Ini turut terkesan kepada salah seorang pemain Pro Fortnite Faze Jarvis yang ‘diban’ seumur hidupnya.

Advertisement

Beliau telah dikesan menggunakan ‘hack’ yang dikenali sebagai ‘aimbots’ dalam permainan popular Fortnite.

Jarvis telah dikenakan tindakan tegas oleh pembangun permainan itu. Disebabkan oleh penipuan ini, pemuda berusia 17 tahun itu telah dilarang daripada bermain permainan Fortnite seumur hidupnya.

dilarang bermain Fortnite

Faze Jarvis atau nama sebenarnya Jarvis Khattri, telah memuat naik sebuah video yang membuat permohonan maaf kepada para peminatnya.

Katanya, tindakan yang diambil oleh Epic Games selaku pembangun Fortnite tidak membenarkannya untuk membuat penstriman langsung permainan Fortnite.

Namun begitu, peminat dan juga Faze Jarvis sendiri merasakan tindakan tegas untuk menyekatnya daripada bermain permainan itu seumur hidup dikatakan adalah tidak adil.

kumpulannya

Ini kerana terdapat pemain lain yang didapati menipu tetapi tidak pula dikenakan tindakan berat yang sama sepertinya.

Jurucakap Epic Games sama sekali tidak akan bertoleransi dengan pemain yang menggunakan perisian berunsur penipuan kerana ia akan merosakkan pengalaman permainan bagi pemain lain yang bermain secara adil.

Fortnite

Beliau kini pulang semula ke pangkuan keluarganya di bandar Surrey, United Kingdom untuk meluangkan masa bersama mereka dan merancang kehidupannya selepas ini.

pulang ke pangkuan keluarganya

Sebelum ini, beliau telah menetap di Los Angeles untuk melakukan penstriman langsung permainan Fortnite bersama ahli pasukannya ‘FaZe Clan’ .

rumah mewah di LA

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...