Walau sehebat mana pun anda, jangan sesekali menggunakan helah jahat dalam pemainan game.
Ini turut terkesan kepada salah seorang pemain Pro Fortnite Faze Jarvis yang ‘diban’ seumur hidupnya.
Beliau telah dikesan menggunakan ‘hack’ yang dikenali sebagai ‘aimbots’ dalam permainan popular Fortnite.
Jarvis telah dikenakan tindakan tegas oleh pembangun permainan itu. Disebabkan oleh penipuan ini, pemuda berusia 17 tahun itu telah dilarang daripada bermain permainan Fortnite seumur hidupnya.
Faze Jarvis atau nama sebenarnya Jarvis Khattri, telah memuat naik sebuah video yang membuat permohonan maaf kepada para peminatnya.
Namun begitu, peminat dan juga Faze Jarvis sendiri merasakan tindakan tegas untuk menyekatnya daripada bermain permainan itu seumur hidup dikatakan adalah tidak adil.
Ini kerana terdapat pemain lain yang didapati menipu tetapi tidak pula dikenakan tindakan berat yang sama sepertinya.
Jurucakap Epic Games sama sekali tidak akan bertoleransi dengan pemain yang menggunakan perisian berunsur penipuan kerana ia akan merosakkan pengalaman permainan bagi pemain lain yang bermain secara adil.
Beliau kini pulang semula ke pangkuan keluarganya di bandar Surrey, United Kingdom untuk meluangkan masa bersama mereka dan merancang kehidupannya selepas ini.
Sebelum ini, beliau telah menetap di Los Angeles untuk melakukan penstriman langsung permainan Fortnite bersama ahli pasukannya ‘FaZe Clan’ .