Pemain Muda Everton Ditahan Kerana Berparti Di Rumah Semasa Tempoh Kuarantin

COVID-19

Pemain Muda Everton Ditahan Kerana Berparti Di Rumah Semasa Tempoh Kuarantin

Kelab Bola Sepak Everton hari ini telah dikejutkan dengan insiden di mana seorang pemain pasukan itu dikatakan telah mengabaikan arahan kerajaan dengan mengadakan pesta di rumahnya bersama-sama tetamu wanita semasa tempoh kuarantin.

Sebagai pemain profesional antarabangsa Itali, Moise Kean jelas telah mengecewakan dan menimbulkan kemarahan kelab pasukannya sendiri apabila telah menunjukkan peribadi yang tidak berdisiplin dan tiada kesedaran diri terhadap pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Advertisement

Sementara ini Everton turut menjelaskan bahawa mereka telah mengarahkan semua kakitangan mereka termasuk pemain untuk mengikut panduan pemerintahan negara dan menjalankan hanya satu latihan sehari sahaja dari rumah bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan interaksi sosial pada ketika ini. Namun, perkara tersebut tidak dihiraukan oleh Kean.

Pemain muda kelab pasukan itu kini sedang berhadapan dengan denda sebanyak 100,000 paun.

moise kean

Kejadian itu terbongkar apabila penyerang berusia 20 tahun itu sendiri yang telah merakam dan memuat naik video pesta tersebut. Sedutan pendek yang dimuat naik di laman Snapchatnya itu menunjukkan sekumpulan model wanita yang sedang menari dengan gembiranya.

Malah, kapsyen yang ditulis iaitu ‘bersih kuarantin’ juga jelas menampakkan seolah-olah pemain bola sepak itu langsung tidak menghormati perintah kerajaan negara itu.

Advertisement

Oleh itu, tidak hairanlah jika penyerang yang bernilai 27 juta pound itu pernah dikaitan dengan masalah disiplin sebelum ini iaitu dengan muncul lewat untuk pertemuan pasukan dan bertindak tidak sopan dengan bosnya sendiri.

Seterusnya, pemain pertahanan Manchester City dan England Kyle Walker turut dilaporkan melanggar peraturan lockdown dengan mengadakan pesta yang melibatkan dua pekerja seks baru-baru ini.

Bagaimanapun, kedua-kedua mereka dikatakan telah meminta maaf kepada kelab pasukan masing-masing atas rasa malu yang telah ditimbulkan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Sumber:(1)(2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...