Ketua jurulatih kepada pasukan Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengakui pemainnya berasa gugup ketika bertentang dengan pasukan Jordan dalam aksi Kumpulan E saingan Piala Aisa 2023 di Stadium Al Jonoub awal pagi hari ini.
Mohon maaf kepada peminat
Kim Pan Gon turut memohon maaf kerana telah menghampakan peminat-peminat setia pasukan tersebut. Katanya, pemain sudah pun memberikan yang terbaik namun kememangan bukan di pihak mereka kali ini.
Saya mohon maaf kepada peminat, pemain sudah beri yang terbaik cuma kita tak mampu beri tantangan kepada Jordan.
Jordan bermain dengan baik pada separuh masa pertama tetapi untuk kami, saya fikir mungkin bermain di peringkat ini, pemain sedikit berasa gugup.
#MASvJOR #HarimauMalaya #AFCAsianCup2023 #HayyaAsia pic.twitter.com/iUBXurkgpF
— HarimauMYstats (@HarimauMYstats) January 15, 2024
Masih ada peluang
Namun demikian, perjuangan skuad Harimau Malaya masih berterusan memandangkan masih ada dua baki perlawanan penting yang menanti. Kata Kim, mereka masih ada harapan untuk membanggakan rakyat Malaysia di pentandingan yang bertemu Bahrain dan Korea Selatan.
Kami masih ada dua perlawanan lagi dan tiada siapa tahu apa yang akan terjadi. Bahrain dan Korea Selatan adalah pasukan yang bagus.
Kita mesti belajar kekalahan untuk perlawanan yang seterusnya kerana ia penting kepada kami.
Kekalahan berkenaan telah membuka ruang untuk Jordan menempati tempat pertama di Kumpulan E, manakala Korea Selatan di tempat kedua setelah berjaya mengalahkan Bahrain semalam.
Harimau Malaya akan bertanding dengan Bahrain di Stadium Jassim Bin Hammad Sabtu ini sebelum bertemu Korea Selatan pada 25 Jan 2024.