Pelumba Malaysia Hafizh Syahrin Sah Menyertai MotoGP Bersama Monster Yamaha Tech3

Trending

Pelumba Malaysia Hafizh Syahrin Sah Menyertai MotoGP Bersama Monster Yamaha Tech3

Hafizh Syahrin akan menjadi pelumba baru untuk pasukan MotoGP Monster Yamaha Tech3 untuk saingan 2018 kali ini.

Advertisement

Hafizh berpeluang menjadi pelumba kedua Monster Yamaha Tech3 apabila pelumba mereka Jonas Folger menarik diri dari siri MotoGP 2018. Keputusan Jonas Folger menarik diri menyebabkan Team yang berpengkalan di Perancis itu memilih Hafizh Syahrin sebagai pelumba MotoGP kedua mereka disamping Johann Zarco.

Skil perlumbaan Hafizh dapat dilihat apabila beliau mencuba jentera YZR-M1 minggu lalu di Buriram, Thailand dan pasukan Monster Yamaha Tech3 sangat gembira untuk meneruskan kerjasama dengan pelumba negara ini.

“Saya sangat gembira mendapat berita ini dan akan bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 untuk saingan 2018. Saya perlu berterima kasih kepada semua pasukan Tech3 kerana mempercayai kebolehan saya. Saya akan cuba yang terbaik tahun ini,” kata Hafiz menerusi kenyataan rasmi di laman Facebook rasmi Monster Yamaha Tech3.

Siapa kata anak Malaysia tak boleh bersaing dengan pelumba professional? Ujian masa siap tapau pelumba pro lagi. Tahniah Hafizh!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...