Tidak dinafikan, negara kita masih kurang dalam isu menghargai hasil karya seseorang terutamanya penggiat seni lukis.
Pelukis mural berasal dari Rusia, Julia Volchkova meluahkan kekecewaanya selepas lukisan mural yang dicipta olehnya telah dipadam tanpa penjelasan.
Menerusi video di Instagram, Julia bersama dua orang individu dipercayai rakannya menunjukkan lukisan mural yang terletak di sebuah bangunan di Kuala Lumpur itu kini telah tiada.
Hai semua, saya berada di Kuala Lumpur. Saya berjalan (di sekitar), sedih mereka cat mural saya.
Lebih mengecewakannya adalah tindakan memadam lukisan mural itu tidak diketahui olehnya dan kini Julia menuntut penjelasan tentang punca ia dipadam.
Mereka menutup lukisan saya. Kenapa buat begini? Saya juga ingin tahu sebabnya. Kalau ada yang tahu, sila beritahu saya.
Kata Julia lagi, dia menghabiskan banyak tenaga dan masa untuk menghasilkan sesebuah karya dan akuinya melihat lukisan itu kini sudah tiada membuatkannya rasa sedih dan sakit.
Sudah tentu ia menyakitkan kerana seni itu sudah seperti anak saya. Ia sebahagian daripada diri saya. Mencipta karya ini sangat sukar. Saya habiskan masa, pengetahuan dan kesihatan untuknya.
View this post on Instagram
Hantaran itu meraih perhatian dan mendapat pelbagai komen serta pendapat daripada warganet di Instagram. Seorang individu memuji hasil kerja Julia namun katanya mungkin ia dipadam disebabkan pertukaran pemilik bangunan yang mahukan dinding yang kosong.
Dalam pada itu, ada juga yang berkata membuat lukisan mural tanpa kebenaran pemilik bangunan sudah tentu salah dan Julia perlulah sedar dengan risiko yang bakal berlaku seperti dipadam.
Bagaimanapun, sesetengah individu berkata ia menyedihkan apabila hasil kerja seni seseorang tidak dihargai sebegitu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.