Peluk ‘Wanita’ Di Set Penggambaran, Ini Penjelasan Syafi Tee

Hiburan

Peluk ‘Wanita’ Di Set Penggambaran, Ini Penjelasan Syafi Tee

Pelakon Syafi Tee menjadi bualan ramai apabila tular video yang memaparkan dirinya berpelukan dengan seorang wanita.

Syafi atau nama lengkapnya Mohd Syafi Mohd Ridhuan Tee merupakan anak kepada pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Advertisement

Difahamkan, video yang tular menerusi platform TikTok itu pada mulanya dikonsikan oleh jurusolek selebriti iaitu Evfa yang bekerja bersama Syafi untuk penggambaran sebuah drama baru-baru ini.

Bagaimanapun, ramai yang tersalah anggap apabila membuat spekulasi terhadap visual Syafi yang memeluk Evfa di set penggambaran tersebut.

Syafi, 28, tampil menjelaskan perkara terbabit dan berkata situasi sebenar bukanlah seperti yang difikirkan oleh netizen.

Okay satu bendalah, kalau korang tak tahu perangai aku sebenarnya aku ni memang gila sikit kat set. Aku suka kacau orang.

Dan kenyataan wanita itu, dia bukan wanita. Saja je kan. Tapi yalah, aku minta maaf, aku akan lebih berhati-hati selepas ni.

Perkongsian Syafi itu juga mendapat perhatian pengikutnya di laman Instagram yang turut memberi respon.

“Kenapalah dia tak tahu kak Evfa tu ‘pro max'”

Video berkenaan bagaimanapun telah dipadam oleh Evfa.

Syafi Tee
3 years ago

"Papa Beri Restu.." - Anak Kepada Pendakwah Ridhuan Tee, Syafi Tee Kini Bergelar Pelakon

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...