Semalam, Datuk Seri Aliff Syukri mengadakan majlis kesyukuran serta doa selamat bersempena berpindah ke rumah agamnya yang baru sahaja siap serta berdoa agar kandungan Datin Seri Shahida yang kini sudah berusia 7 bulan diberkati dan dipermudahkan ketika bersalin nanti.
Aliff menerusi akaun Instagramnya ada berkongsi beberapa foto sekitar majlis tersebut. Namun, ada satu foto dimana Datin Rebecca Nur Al Islam yang jelas memeluk tangan Aliff mengundang rasa kurang senang dikalangan netizen.
Mereka mengecam Rebecca tidak menghormati suaminya yang turut berada di sebelah Aliff dan tidak juga menjaga batasan pergaulan sebagai seorang muslimah meskipun berlapik. Apa motif untuk Rebecca untuk bergambar sebegitu?
Ada juga pihak yang bersangka baik dan mengatakan mungkin Rebecca tidak sedar dengan tindakannya itu. Malah, beberapa pihak meminta Aliff memadam foto tersebut bagi mengelakkan salah faham ataupun mengundang fitnah serta menjaga hati isterinya. Apa pula komen anda?