Peluk Islam Selepas Kedua Ibu Bapa Maut Akibat Kemalangan Jalan Raya, Remaja Cina Ditaja Belajar Di Tahfiz

Trending

Peluk Islam Selepas Kedua Ibu Bapa Maut Akibat Kemalangan Jalan Raya, Remaja Cina Ditaja Belajar Di Tahfiz

Pemergian kedua ibu bapa akibat kemalangan jalan raya pada Mac lalu membuatkan seorang remaja, Mohd Haikal Chu seolah-olah hilang arah tujuan.

Peluk Islam Selepas Kedua Ibu Bapa Maut Akibat Kemalangan Jalan Raya, Remaja Cina Ditaja Belajar Di Tahfiz

Advertisement

Dilihat seakan hilang arah tujuan, selepas pemergian kedua ibu bapa akibat kemalangan jalan raya pada Mac lalu,remaja yang dikenali sebagai Mohd Haikal Chu itu khabarnya hidup berdikari selepas tragedy itu menimpa keluarga kecilnya.

Menurut laporan Harian Metro, remaja berusia 16 tahun  diajak rakannya untuk tinggal bersama di Sabak Bernam, Selangor.

Peluk Islam Selepas Kedua Ibu Bapa Maut Akibat Kemalangan Jalan Raya, Remaja Cina Ditaja Belajar Di Tahfiz

Mohd Haikal atau nama asalnya Chu Kok Yoong dilihat nekad mendalami agama Islam bagi mengisi kekosongan di hati serta mengubati kerinduan terhadap ibu bapanya.

Malah, dengan didikan serta ilmu yang dipelajarinya, beliau telah sebulat suara mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam bulan lalu, tidak ketinggalan meluahkan hasratnya ingin menjadi sehebat pendakwah Ustaz Ebit Lew.

Peluk Islam Selepas Kedua Ibu Bapa Maut Akibat Kemalangan Jalan Raya, Remaja Cina Ditaja Belajar Di Tahfiz

Lebih mengembirakan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar iaitu Rizam Ismail memaklumkan pihaknya telah mendaftar Mohd Haikal di sebuah pusat tahfiz di Sabak Bernam.

Hal Ini kerana, beliau sebelum ini tidak bersekolah sebelum ini kerana membantu kedua ibu ibunya mencari rezeki dengan mengutip besi buruk.

Sumber: Harian Metro, Rizam Ismail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...